Etik dan Emik


Metode yang digunakan dalam penelitian ini adalah studi etnografi melalui pendekatan emik, dimana dalam hal ini penulis mencoba untuk terlibat secara langsung dengan objek penelitian melalui pengamatan terlibat (observasi partisipasi) dan wawancara mendalam.
Biarlah kita lihat sekali lagi dengan lebih dekat hubungan di antara pandangan dari dalam dan pandangan dari luar. Pemerihalan etnografis adalah lebih hampir kepada apa yang dialami oleh informan berkenaan dengan dunia yang dialaminya berbanding dengan analisis, yang bertujuan untuk memberikan satu gambaran umum tentang budaya dan masyarakat. Tahap deskriptif – gaya hidup seperti yang dialami dan diperihalkan sendiri oleh anggota sesuatu masyarakat – kadangkala disebut sebagai tahap ‘emik’. Lawannya ialah tahap analisis atau penghuraian oleh penyelidik, iaitu yang dipanggil tahap ‘etik’.
Yang dikatakan emik ialah pandangan yang terbentuk daripada perspektif dalaman informan, manakala perspektif analisis oleh antropologis pula dipanggil etik. Namun demikian, biarpun antropologis cuba sedaya upaya untuk menyampaikan semula realiti seperti yang dialami oleh informannya, pada hakikatnya usahanya itu tidak kesampaian sepenuhnya. Ada tiga sebab mengapa usahanya itu tidak sama dengan pemerihalan dalam bentuk emik. Pertama, biasanya dalam penterjemahan etnografis kita terpaksa mengendalikan dua bahasa yang berlainan, dan semestinyalah hasil terjemahan itu berlainan sedikit sebanyak berbanding dengan yang asal. Kedua, kita menggunakan bentuk bertulis untuk merakamkan sesuatu maklumat yang asalnya berbentuk lisan. Biasanya makna sesuatu perbualan atau kenyataan lisan itu akan bertukar apabila disampaikan dalam bentuk bertulis. Ketiga, tidak mungkin seorang antropologis itu boleh bertukar menjadi sama seperti orang yang mereka kaji itu dalam semua segi. Hanya pemerihalan yang dibuat oleh orang tempatan sahaja dalam bahasanya sendiri yang boleh dikatakan sebagai pemerihalan yang benar-benar berbentuk emik dalam pengertian halus antropologi.
Satu lagi bentuk perselisihan pendapat berhubung dengan emik-etik ialah pandangan bahawa pemerihalan emik adalah lebih ‘jitu’ sedangkan pemerihalan etik bersifat ‘abstrak’


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Etik dan Emik"

Post a Comment